Kamarul Arifin's profile

'gambar jahanam' by Kamarul Arifin

Basmallah.

untuk ibu abah,
dan sahabat.

semoga kau rasa apa yang aku rasa.

himpunan gambar gambar yang jahanam rupa tetapi dipelihara isinya.
 
 
siri ini merupakan sebuah adaptasi saya sebagai pengkarya terhadap bagaimana lensa mampu menyimpan momen - momen yang dibekukan. gambar yang jahanam ( baca; tidak ada warna, penuh kecacatan, gegar, lights leaks, keluar dari komposisi ) mampu membuat audien merasai apa yang disampaikan pengkarya.
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

sedikit magis dari,
Arjuna Beta / Fynn Jamal.

tentang cinta yang terzahir dari batin. tentang tanggungjawab. tentang murah rezeki.
tentang anugerah dari Tuhan.

Rumah, Johor (2011)
'muzik saya, siapa pun boleh main'

seorang manusia penuh cinta. guru yang jujur. bapa penyayang.
keras diluar manis di dalam.

Prof. Hasnul J. Saidon.

semoga panjang umur dan murah rezeki. di dunia dan akhirat.

Muzium Galeri Tunku Fauziah, USM Penang (2012)
Fynn Jamal.

kakak hebat yang aku hormatkan setiap nasihat nasihatnya.yang telanjangkan hatinya bila bercakap tentang sesuatu, sesiapa atau apa apa.
dan aku minta, agar setiap nasihat nasihatnya kekal di sini.

semoga panjang umur dan murah rezeki kak fynn.
panjang jodohnya. harmoni keluarganya.

UTM Skudai, Johor (2011)
Kasih Leia Ixora Binti Azhar

gadis dua belas tahun yang paling comel dalam dunia. anak gadis aktor Azhar Sulaiman ini merupakan pelajar tahun enam terbaik Malaysia ketika ini. perwatakannya seunik namanya. semoga berjaya dik.

Kuching Park, Sarawak (2011)
Dr. Klaus Märtens

tentang maruah sepasang kaki. gambar yang aku cuba susun supaya mampu berbual halus tentang personaliti, ego, maruah dan pendirian. yang pasti, bukan cara menang di ranjang.

terima kasih Eyqa Kumon. semoga sentiasa manis manis di mana mana.

Junk Antique House, Penang (2012)
Halijah

gambar ini tentang sahabat. tentang nilai ambil berat pada masing masing.
berapa ikhlas mereka kongsi ketawa ?
macam mana peduli mereka pada air mata ?
jangan persoalkan. bukan kita di hati mereka.
tugas kita hanya percaya.

semoga Jaja sihat mudah hari ini, esok dan bila bila.
wa rindu lu.

Proton Waja, Johor (2011)
Buah Dada.

gambar yang berbual tentang nafsu. sesuatu yang sangat jingga pada sususan chakra.
tentang tarikan lelaki pada perempuan.
tentang tubuh badan secara zahir. tentang keinginan secara halus.
tentang nilai dua biji itu pada kamu.
maruah atau bahan mainan ?

jangan kuning kawan kawan. aku tidak ke 'situ'

Rumah, Johor (2011)
Pilihan.

di dalam kepala berpusing pusing tentang kemungkinan.
berada di satu garisan halus antara benar dan salah.
berat ke kiri, punah. sendeng ke kanan, salah.

pernah terserabut automatis ketika mahu membuat pilhan ?

Dayang Salhah, Sarawak (2011)
bayang

gambar ini tentang satu jasad sama bayang bayang
satu pantulan hitam tentang dirinya.
mungkin sesuatu yang di belakang atau di depan. di mana mana
soalnya, berapa rapat ia dengan kita ?

cuma, jangan duduk dalam gelap hanya kerana takutkan bayang.
itu diri kita. jadi, terima dengan lapang dada.

SMTD. Johor (2011)
Harimau Garang

gambar persembahan Fynn Jamal. aku lihat emosi dia ketika persembahan ini. jujur.
lihat bagaimana dia mampu jujur di khalayak ramai.
tanpa segan silu dan dengan lantang dia suarakan apa yang disimpan.
aku mahu jadi kuat begitu.

malam ini aku puas. puas melihat harimau cantik membuas.

Bukit Timbalan, Johor (2011)
Pejam Celik Pejam

ini bukan gambar tentang apa apa mesej iluminati.
gambar ini cerita mata manusia yang konon tidak peduli sama kita.
padahal, mereka masih main main dengan tepi kain kita.
jadi pencanang pada semua tentang buruk baik kita.
tabur sikit di sini, sebar sikit di sana.

persis Melodi TV3.

Parit Buntar, Perak (2012)
'gambar jahanam' by Kamarul Arifin
Published:

'gambar jahanam' by Kamarul Arifin

sebarang perkara yang mahu diborakkan, terus ke sini ; http://www.facebook.com/wirakhemer atau +6013 - 6470729

Published: