Kebun Bunyi ( Garden Of Sound ) Wave Improv
 Wave Improv adalah 'perkembangan eksperimental' yang mengeksplorasi 'gelombang' (suara dan visual) dan 'penggubahan' yang dilakukan berdasarkan prinsip yang terdapat dalam kebanyakan kosmologi timur.
Belai Jiwa

sesuatu yang lahir zahirnya dengan penuh hati.
aku cuba memorikan ikhlasnya jiwa ini dalam sekeping gambar.
dan moga moga berguna pada sesiapa saja yang ingin jiwanya dibuai buai.

mari. kita sebar kasih sayang.

MGTF , Penang (2012)
Mohd Faisal Mohd Zain

salah seorang individu yang melengkapi sinergi hari itu.
lincah jarinya mencari melodi.
hebat penghayatannya.

semoga berjaya.

MGTF, Penang (2012)
Ukulele

Ainina Hasnul.
lunak dan manis.
lunak dan manis. yang cukup cukup.
tepat tepat ramuannya.

MGTF, Penang (2012)

Rocka

mas ganteng dari tanah Jogja, Indonesia.
manusia yang sangat menikmati musik. dengan jiwanya.
Bengawan Solo ketika ini lebih indah dari biasa.
lebih manis dari sebelumnya.

aku simpan perbualan kita tempoh hari.
aku setuju dengan kau. Seni di Indonesia sepuluh tahun kedepan dari Malaysia.

MGTF, Penang (2012)
Sebati

Ainina ini sungguh mesra sama pentas.
sikit pun tidak dia canggung bagaimana mahu sebati dengan pentas.
ah. aku cemburu yang itu.

teruskan dik. semoga berjaya nanti.

MGTF, Penang (2012)
Palu

rancak.
serancak tenaga yang disumbang.
hebat gelombang ketika ini.
kita adalah satu gelombang yang kecil dalam satu ekologi yang luas.
wave improv.

MGTF, Penang (2012)
Manis.

senyum yang paling tidak diperasan
pada aku
adalah paling manis.

MGTF, Penang (2012)
interferensi pola

setiap apa yang kita lakukan.
akan menghasilkan satu bentuk gelombang.
satu jisim tenaga yang membentuk satu pola.

MGTF, Penang (2012)

Dialog

mereka sedang berdialog sesama mereka.
menggunakan musik.
tenaga mereka sedang bersatu.
membentuk lagu


MGTF, Penang (2012)
Kebun.

ini cara mereka berkebun.
menanam gelombang.
menyubur jiwa.
menguatkan iman.
menyatukan tenaga.

MGTF, Penang (2012)
Taman

berkebun itu kerja baik.
sama macam kita berjasa sama tanah.
moga moga kita peroleh sedikit dariNya.
nikmat yang membuat kita tenang dan nyaman dengan diri.

alhamdulillah.

MGTF, Penang (2012)

Kebun Bunyi ( Garden Of Sound ) Wave Improv
9
153
0
Published:

Kebun Bunyi ( Garden Of Sound ) Wave Improv

wave improv.
9
153
0
Published: