Rasydan Fitri's profile

Branding: Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd

Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd (AAA) merupakan salah satu dari syarikat dalam rangkaian usahasama Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB). Beroperasi di Cheras, AAA bertanggungjawab dalam perngoperasian sekolah Al-Amin di kawasan ini, dengan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan sebagai sekolah pertama di bawah pengurusannya.

Identiti korporat AAA menggunakan semangat dari logo PPAAB yang menjadi teraju utama rangkaian sekolah Al-Amin. Elemen Iqra’ dipilih dari logo tersebut yang dalam masa sama menjadi simbolik kepada buku terbuka.

Logo AAA ini menggunakan khat kufi yang kemas, sesuai dengan gaya minimalis dan kontemporari yang cuba diketengahkan.  Perkataan Iqra’ disusun agar dapat membentuk:
1. Perkataan Iqra’ dalam Bahasa Arab apabila dibaca dari kanan
2. Perkataan Iqra’ yang ditransliterasi kepada rumi apabila dibaca dari kiri
3. Membentuk huruf A besar apabila dilihat secara keseluruhan, mewakili huruf AAA yang melambangkan syarikat.
 
Warna-warna yang digunakan untuk logo ini bukan saja melambangkan keharmonian dan kepelbagaian dalam suasana akademik, tetapi terbina dari subwarna yang memberi maksud tertentu:

Biru muda - warna yang melambangkan kestabilan insitusi Al-Amin yang sudah diperakui jenamanya di cawangan sedia ada. Warna ini juga adalah simbol kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) cawangan Bandar Tun Razak yang turut sama terlibat dalam pengurusan sekolah di bawah AAA.
 
Merah - warna yang melambangkan keazaman dan kebertenagaan (energetic) dalam pengurusan dan pelaksanaan kerja
 
Hijau pinus (pine green) - Warna alam yang melambangkan ketenangan
 
Kuning-jingga - warna intelek, kreativiti, sosial; sesuai dengan institusi akademik yang dibangunkan
Branding: Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd
Published:

Branding: Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd

Branding for Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd (AAA), a company based in Cheras, Malaysia. The company plans to manage various academic institutions an Read More

Published: