Soraya Abubakar's profile

xtra | Anugerah Skrin 2018 Microsite

xtra | Anugerah Skrin 2018 Microsite

Anugerah berprestij anjuran TV3, Anugerah Skrin 2018 kini kembali! 

Masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, Anugerah Skrin 2018 meneruskan usaha untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air. Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah, HyppTV dan Bernama untuk menyertai Anugerah Skrin 2018 ini. 

Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Skrin 2018 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, TV3 bakal menyiarkan enam drama terbaik antaranya Fatonah Azali, Qalbu, Aku Nazmi, Tulus Cinta, Dosa Perempuan dan Kasih Seorang Ayah mulai 22 September ini. Drama-drama ini akan disiarkan di slot Cerekarama, Istimewa sempena Anugerah Skrin 2018, setiap hari Sabtu, pukul 9 malam.
Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton drama-drama hebat ini mulai 22 September dan nantikan kemuncak malam Anugerah Skrin 2018 yang bakal diumumkan kelak. Untuk maklumat lanjut mengenai ASK 2018, ikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia.

xtra | Anugerah Skrin 2018 Microsite
Published:

xtra | Anugerah Skrin 2018 Microsite

Published: