KHZNH STUDIO's profileAme Jatz's profile

[ archi ] Laman Piksel Khazanah

PENGENALAN
Sejajar dengan pertandingan yang dianjurkan oleh DBKL, sebuah reka bentuk telah dicadangkan untuk projek jejak warisan yang akan dibina bagi mempromosikan mercu tanda Kuala Lumpur. Ini adalah dengan memperkenalkan satu siri laluan pejalan kaki lengkap dengan kemudahan awam untuk menyambungkan semua tempat-tempat menarik di sekitar tapak projek ini.
 
Cadangan asal reka bentuk adalah untuk mewujudkan satu struktur menarik yang berpotensi mengangkat imej persekitaran kawasan tapak. Bukan itu sahaja, adalah diharapkan laluan pejalan kaki yang pada asalnya tampak sesuatu kemudahan biasa, boleh menjadi salah satu tempat tarikan pelancong dari dalam dan luar Negara ke Kuala Lumpur.

Cadangan yang diketengahkan adalah ringkah dan nyata, iaitu membentuk satu struktur menjadi satu bentuk yang menarik dengan susunan komponen-komponen bongkah kiub ataupun piksel  dan juga pada masa yang sama, memaparkan seni budaya Negara melalui corak motif songket tradisional.
 
VISI
Jejak Warisan yang di dalam perancangan untuk di bina ini bukan sahaja akan bertindak sebagai penghubung atau jalan untuk penjalan kaki tetapi juga sebagai kawasan awam lengkap dengan perlbagai kemudahan. Orang ramai sendiri akan mencari tempat ini dengan harapan untuk merasai sendiri suasana di sana. Tempat ini juga diharapkan akan menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong di Kuala Lumpur.
 
KEKANGAN
// Kontur dan aras muka bumi tapak yang tidak sekata
// Keluasan tapak yang perlu dikelilingi adalah besar
// Menyesuaikan struktuk dengan ciri-ciri binaan sedia ada.
// Dilihat sebagai satu tarikan, bukan sekadar sebuah infrasruktur biasa
 
OBJEKTIF
// Laluan Penjalan - mewujudkan sebuah laluan penghubung bagi penjalan kaki yang selesa
// Keselamatan - memastikan keselamatan sepenuhnya bagi penguna sama ada dari segi keselamatan lalu lintas atau daripada jenayah
// Warisan - mempromosikan udaya warisan negara secara amnya dan Kuala Lumpur khususnya
// Mesra Alam - menyertakan ciri-ciri hijau dan mesra alam di dalam reka bentuk
// Fleksibel - mempersembahkan reka bentuk yang memberi ruang kepada klien untuk membuat pengubahsuaian mengikut cita rasa sendiri.
 
KES RUJUKAN
// The Helix Bridge, Singapore
// Handerson's Wave Bridge, Singapore
KONSEP REKABENTUK
Tujuan reka bentuk secara keseluruhan adalah untuk membina ruang awam yang kelihatan seperti satu struktur yang nyata, bukan sekumpulan beberapa elemen landskap yang berasingan. Tidak lupa juga, mempunyai struktur dengan bertema dan bentuk yang meyerlah. Ianya seakan membaringkan sebuah bangunan secara melintang di atas tapak.
 
Idea pembinaan sebuah struktur yang tegar akan mewujudkan halangan kepada pembinaan di tapak memandangkan tapak kawasan adalah luas dan tidak konsisten. Oleh itu, bagi menyelesaikan malah ini, wujudnya idea untuk menghasilkan sebuah struktur berasaskan komponen asas yang kecil. Dengan ini, fizikal struktur akan menjadi fleksibel dan bersesuaian dengan sifat tapak. Selain daripada itu, kaedah ini juga membolehkan pembentukan struktur yang berbentuk seperti arca yang kompleks tetapi dengan cara yang ringkas.
 
Pendekatan berilhamkan permainan ‘puzzle’ berkait rapat dengan jenis seni bina modular yang juga sangat popular. Ia kebiasaanya dihasilkan dengan penggabungan beberapa jenis modul yang mempunyai peranan tersendiri. Modul-modul ini disusun dengan kaedah atau susunan tertentu di tapak mengikut fungsinya. Kaedah ini bukan sahaja menjadikan reka bentuk fleksibel malah, boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kehendak klien.
 
APLIKASI SONGKET DALAM REKABENTUK
Pertama sekali, proses pembuatan songket berkait rapat dengan konsep piksel yang di ketengahkan dalam reka bentuk. Perkaitan tersebut dapat dilihat dari cara sebuah partikel boleh membentuk sebuah struktur. 
Kedua, motif songket kelihatan seperti seni piksel yang terbentuk melalui teknik tenunan, oleh itu corak dari songket boleh diaplikasikan melalui elemen piksel di struktur dengan mudah.
 
SONGKET SECARA RINGKAS
Songket adalah sejenis hasil kraf tangan fabrik yang dimiliki oleh keluarga tekstil sutera Malaysia, Brunei, dan Indonesia. Ia merupakan tenunan tangan sutera atau kapas, dan dicorakkan secara halus dengan benang emas atau perak.
 
Motif yang merupakan elemen utama songket disusun rapi untuk membentuk corak keseluruhan. Susunan motif sentiasa dikaitkan dengan penghargaan orang Melayu terhadap ciptaan Tuhan. Motif-motif ini digayakan dan di ubahsuai untuk mematuhi ajaran agama Islam yang tidak menggalakkan penggunaan gambaran realistik haiwan dan manusia. Teknik-teknik tenunan pula cenderung untuk penghasilan reka bentuk geometri, jadi ia bersesuaian dengan pegangan mereka.
 
LATAR BELAKANG TAPAK
Lokasi kawasa kajian yang terlibat bermula dari Parcel A Precinct 7 ROL ke Dataran Merdeka ke bangunan-bangunan Warisan dari Jalan Tangsi ke Jalan Parlimen dan ke Taman Botani Perdana. Sepanjang perjalanan tapak adalah dikategorikan sebagai kawasan umum untuk orang ramai.
 
[ archi ] Laman Piksel Khazanah
Published:

[ archi ] Laman Piksel Khazanah

An attempt in the recently held Heritage Trail competition by DBKL of Kuala Lumpur, Malaysia

Published: