Inche Faris's profile

UI Design - Masajeed App

Hari ini saya belajar design UI untuk aplikasi Masajeed pula (berpandukan inspirasi dari Dribbble).

Secara ringkasnya saya membayangkan aplikasi Masajeed ini adalah sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna untuk mencari pelbagai jenis acara / event yang dianjurkan masjid / surau berdekatan lokasi pengguna.

Pengguna tidak perlu lagi cari secara manual di papan pengumuman masjid atau di page Facebook masjid. Menerusi aplikasi ini, AJK masjid atau surau boleh muat naik butiran acara / event yang mereka mahu anjurkan pada tarikh dan waktu tertentu.

Pengguna juga boleh kumpul mata ganjaran (points) sekiranya mereka hadir ke acara / kuliah / kelas tertentu yang mereka daftar melalui aplikasi ini. Points yang dikumpul nanti boleh tebus hadiah atau tawaran yang menarik.
UI Design - Masajeed App
Published:

UI Design - Masajeed App

Published: